Tuesday, September 1, 2009

Sarah dan Senduk



RM 16.50 / RM 18.50 (Sabah & Sarawak),
978-967-5406-01-0;
Tarikh Terbit: 27 August 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 272 halaman

Sarah dan Senduk mengisahkan seorang pelajar bernama Sarah yang obses dengan hobi terbarunya memasak. Dia telah mengumpulkan resipi-resipi daripada majalah bagi menghasilkan buku resipinya sendiri. Walaubagaimanapun, pelbagai hal telah berlaku ketika dia mencuba beberapa resipi terbarunya

Wednesday, August 26, 2009

Usahawan Cilik: Puteri Kristal





RM RM15.00 / RM RM17.00 (Sabah & Sarawak),

978-967-5226-49-6;
9789675226496
Tarikh Terbit: 26 August 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 240 halaman

Kisah bermula apabila Diana bersama seisi keluarga pulang bercuti ke kampung. Anak jiran neneknya, Kak Wani menghasilkan kerja tangan halus seperti membuat gelang manik, kristal dan sebagainya. Setiap hari berulang alik ke rumah Kak Wani mencetuskan minat Diana.
Bermula dengan membantu menyusun manik-manik dan gelang-gelang dan memerhati apa yang dilakukan oleh Kak Wani akhirnya dia pandai menyulamnya menjadi seutas gelang.Hasil pemerhatiannya kepada kerja tangan Kak Wani yang cekap dan bijak memadankan jenis-jenis kristal bersama jenis batu-batu yang berbeza, akhirnya Diana dapat menguasainya dengan baik.
Pulang dari bercuti, Diana membeli sejumlah batu-batu kristal dan beberapa jenis batu lain. Kak Wani menjual dengan harga istimewa memandangkan dia mahu menyulam dan menghadiahkannya kepada ibunya dan Makcik Hana.
Ibu Diana, Puan Aminah memakai gelang kristal ke pejabat dan ia menarik perhatian rakan-rakan sekerjanya. Beberapa orang rakannya mula membuat tempahan.
Ayah Diana, Encik Rasul pula sudi mendahulukan modal tetapi dengan syarat kerja membuat gelang itu dibuat pada hujung minggu sahaja. Alasannya dia tidak mahu Diana mula keliru apa keutamaannya sekarang.
Hobi Diana mula memberi pulangan lumayan. Bukan sahaja rakan-rakan ibunya membuat tempahan malah ia terus tersebar dari satu bahagian pejabat hingga ke bahagian pejabat yang lain. Akhirnya Diana mampu mempamerkan koleksi yang disiapkannya dan membuat jualan terus tanpa menunggu tempahan lagi. Dalam tempoh yang singkat, dia berjaya membayar balik modal yang dipinjamkan oleh ayahnya.

Monday, July 20, 2009

Hikayat Alang Dhamiri



RM 16.50 / RM 18.50 (Sabah & Sarawak),
978-967-5406-00-3;
9789675406003
Tarikh Terbit: 3 August 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 320 halaman

Suatu hari, Sultan Jabran Jadid pemerintah negeri Cahaya Nilam berhajat mahu melawat negeri Balik Awan. Oleh itu, dia memerlukan sebuah kapal yang besar bagi membawa baginda sekeluarga serta anak-anak kapal yang lain. Tuan Kundur, tukang kapal yang hebat dari negeri Balik Awan dijemput bagi mengetuai kerja-kerja membuat kapal baginda. Selepas beberapa purnama, kapal Sultan Jabra Jadid berjaya disiapkan.

Namun, malang tidak berbau. Selepas beberapa pekan mereka berlayar, kapal yang hebat itu hancur dipukul ribut. Baginda sekeluarga serta anak-anak kapal lain terdampar di sebuah pulau. Sementara itu, rakyat jelata yang dimaklumkan berita itu sudah semakin gundah gulana.

Bagaimana mereka meneruskan kehidupan di pulau yang asing bagi mereka? Adakah keluarga diraja serta anak-anak kapal itu berjaya diselamatkan?

Monday, April 13, 2009

RAK BUKU EZ

Saturday, February 28, 2009

USAHAWAN CILIK: ABANG, ADIK DAN AYAM



RM 15.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak),

978-967-5226-03-8;
Tarikh Terbit: 28 February 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 240 halaman


Sebuah lagi novel tulisan Ezee Rahmani yang mengisahkan Fitri dan Balqis, dua adik-beradik yang tinggal di pinggir bandar. Fitri merangka satu kertas kerja dengan ayahnya untuk membela 30 ekor ayam kampung. Ayah dan ibunya turut memberi bantuan bagi mereka memulakan projek.
Tanpa disangka-sangka usaha mereka dipuji oleh guru dan penduduk kampung. Permintaan ayam kampung juga makin bertambah.
Usaha murni mereka dibenci oleh Ali, rakan sekelas Fitri. Ali membuat pelbagai masalah termasuk mencuri duit Fitri.
Balqis mengalami masalah kerana sudah mula menyayangi ayam-ayam yang dipeliharanya.
Ayah mereka pula menetapkan syarat lulus semua subjek dengan cemerlang barulah mereka boleh meneruskan projek sedangkan Fitri ada gagal dalam beberapa subjek sebelum ini. Dapatkah mereka mengatasi masalah mereka?

Monday, November 24, 2008

PENGHUNI LANGIT KE TUJUH




RM 15.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak),
978-967-5137-26-6;
9789675137266
Tarikh Terbit: 9 December 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 176 halaman



Nabi bertanya,"Adakah kamu melihatnya"Aisyah menjawab,"Saya hanya melihat belakangnya sahaja"Nabi berkata,"Kamu masuk syurga kerana memandangnya"Hidupnya tidak dikenali oleh sesiapa tetapi seluruh penghuni langit mengenalinya.Siapakah dia? Mengapa seluruh penghuni langit mengenalinya? Apakah yang sudah dia lakukan?
Buku ini menghimpunkan 31 kisah teladan untuk Young Islamika. Buku-buku lain dalam siri ini: Bahtera Nabi Nuh.
Hadiah untuk Sufiah.
Usaha Burung Pipit.
Insaf Kerana Katak.
Pengemis Sungai Tigris.

SARAH DAN BUNGA MAWAR




RM 17.00 / RM 19.00 (Sabah & Sarawak),
983-3654-62-2;
978-983-3654-62-8;
9789833654628
Tarikh Terbit: 23 November 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 272 halaman



Perbualan mereka terganggu oleh tangisan Nuha. Makcik Milah minta diri dan pulang. Sebelum itu dia sekali lagi meminta maaf di atas kejadian tempoh hari. Sarah cepat-cepat mengangkat dulang dan terus ke dapur. Makcik Sarimah mengekorinya dari belakang. Dia merasa tidak sedap hati melihat kelakuan Sarah ketika Nuha menangis tadi.
"Betulkah Nuha tercucuk duri mawar?" tanya Makcik Sarimah ketika memerhati Sarah membasuh gelas-gelas minuman.
Sarah tidak terus menjawab. Siap basuhannya dia duduk di samping ibunya dan tersengih.
"Mengapa tersengih? Apa kamu buat kepada budak itu?"
"Tidak ada apa-apalah ibu. Sedikit sahaja. Cuma Nuha itu manja sangat!"
"Yalah. Kamu buat apa sehingga dia menangis begitu?"
"Saya..... saya...." Sarah tersekat menyatakan hal yang sebenar.