Monday, July 2, 2007

ABANG, ADIK DAN KASUT...




RM 18.00 / RM 21.00 (Sabah & Sarawak),
983-3653-87-1;
978-983-3653-87-1;
9789833653871
Tarikh Terbit: 23 July 2007 ;
Jumlah Muka Surat : 288 halaman

Kisah dua adik-beradik yang terpaksa berkongsi kasut sekolah kerana kesusahan hidup.
Amir dan Wanie dua beradik yang hidup susah. Tetapi, sepasang kasut yang mengutuhkan kasih sayang antara adik dan abang.

USAHA BURUNG PIPIT

Pernahkah kita terfikir, mengapa Tuhan menciptakan makluk lain selain manusia? Untuk siapakah ciptaan Tuhan ini? Setiap ciptaan pasti ada tujuan. Antara ciptaan Tuhan yang unik dan istimewa adalah haiwan.
Tuhan menciptakan haiwan untuk manusia. Kita menggunakan haiwan untuk makanan, tunggangan, perniagaan malah untuk bermanja. Di mana-mana sahaja kita akan bertemu dengan haiwan. Baik kecil mahupun besar, hidup kita bagai tidak terpisah dengan kehidupan haiwan. Tetapi adakah kita sedar haiwan juga membawa mesej Tuhan?Buku ini menghimpunkan 31 kisah haiwan daripada sumber yang berautoriti dan dipercayai. Ditulis dengan menggunakan ayat mudah dan santai. Buku ini membawa pembaca menyingkap kehebatan pencipta yang mencipta haiwan untuk manusia.

SARAH DAN KASUT TUMIT TINGGI




RM 18.00 / RM 21.00 (Sabah & Sarawak),
983-3653-71-5;
978-983-3653-71-3;
9789833653713
Tarikh Terbit: 13 March 2007 ;
Jumlah Muka Surat : 288 halaman


Sarah yang meminati kasut tinggi sejak kecil lagi dan berazam ingin memilikinya pada suatu hari nanti.
Sebaik sahaja menjangkau umur 13 tahun, Sarah sudah boleh memakai kasut tinggi Mak Su yang bekerja sebagai jururawat. Pucuk dicita ulam mendatang apabila Mak Su menghadiahkan kasut. Ketaksuban Sarah tidak dapat dikawal kerana Sarah memakai kasut tinggi tanpa mengira tempat mahupun situasi. Apa yang terjadi kepada Sarah? Dapatkah sepasang kasut mengubah perwatakan dan pemikiran seseorang?

KAWAN



RM 22.00 / RM 25.00 (Sabah & Sarawak),
983-192-044-9;
978-983-192-044-2;
9789831920442
Tarikh Terbit: 27 November 2006 ;
Jumlah Muka Surat : 352 halaman


Atan merenung sayu ke arah Umar seolah-olah cuba menyatakan sesuatu. Umar merenung ke dalam mata Atan. Mata itu tidak lagi bersinar seperti selalu. Dia cuba memahami apakah yang ingin dikatakan oleh Atan. Atan terus merenung dan meluahkan perasaan dengan caranya sendiri. Umar memegang erat jaring besi yang memisahkan mereka berdua. 'Kawan' menyingkap naluri Umar dan Atan menjalani kehidupan dalam dua dunia yang berbeza.