Monday, November 24, 2008

PENGHUNI LANGIT KE TUJUH




RM 15.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak),
978-967-5137-26-6;
9789675137266
Tarikh Terbit: 9 December 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 176 halaman



Nabi bertanya,"Adakah kamu melihatnya"Aisyah menjawab,"Saya hanya melihat belakangnya sahaja"Nabi berkata,"Kamu masuk syurga kerana memandangnya"Hidupnya tidak dikenali oleh sesiapa tetapi seluruh penghuni langit mengenalinya.Siapakah dia? Mengapa seluruh penghuni langit mengenalinya? Apakah yang sudah dia lakukan?
Buku ini menghimpunkan 31 kisah teladan untuk Young Islamika. Buku-buku lain dalam siri ini: Bahtera Nabi Nuh.
Hadiah untuk Sufiah.
Usaha Burung Pipit.
Insaf Kerana Katak.
Pengemis Sungai Tigris.

SARAH DAN BUNGA MAWAR




RM 17.00 / RM 19.00 (Sabah & Sarawak),
983-3654-62-2;
978-983-3654-62-8;
9789833654628
Tarikh Terbit: 23 November 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 272 halaman



Perbualan mereka terganggu oleh tangisan Nuha. Makcik Milah minta diri dan pulang. Sebelum itu dia sekali lagi meminta maaf di atas kejadian tempoh hari. Sarah cepat-cepat mengangkat dulang dan terus ke dapur. Makcik Sarimah mengekorinya dari belakang. Dia merasa tidak sedap hati melihat kelakuan Sarah ketika Nuha menangis tadi.
"Betulkah Nuha tercucuk duri mawar?" tanya Makcik Sarimah ketika memerhati Sarah membasuh gelas-gelas minuman.
Sarah tidak terus menjawab. Siap basuhannya dia duduk di samping ibunya dan tersengih.
"Mengapa tersengih? Apa kamu buat kepada budak itu?"
"Tidak ada apa-apalah ibu. Sedikit sahaja. Cuma Nuha itu manja sangat!"
"Yalah. Kamu buat apa sehingga dia menangis begitu?"
"Saya..... saya...." Sarah tersekat menyatakan hal yang sebenar.