Friday, October 8, 2010

31 Kisah Teladan: Zikir Ikan di Lautan



Harga: RM 15.00 / RM 17.00
ISBN-13: 978-967-366-034-6
Tarikh Terbit: 14 Oct 2010
Jumlah Muka Surat : 168
Kategori: Kanak-Kanak, Siri 31 Kisah Teladan
Penerbit:PTS Islamika Sdn Bhd

Sinopsis: “Alhamdulillah, Umpan kita mengena!” kata Zunnun dengan gembira. Pada masa Zunnun meletakkan ikan ke lantai perahu, anak gadisnya memerhati tanpa berkelip-kelip mata-mata.Tanpa berfikir panjang, anak gadis Zunnun segera mencapai ikan itu dan men campakkannya semula ke dalam laut. Zunnun melihat dengan wajah terpinga-pinga. Mengapa anak gadis Zunnun mencampakkan ikan itu ke laut? Apakah yang berlaku kepada keluarga mereka selepas peristiwa itu? Pastinya ada peristiwa menarik yang berlaku sehingga anak gadis Zunnun sanggup mencampakkan semula satu-satunya ikan yang ditangkap oleh ayahnya itu. Buku ini menghimpunkan 31 Kisah Teladan untuk Young Islamika. Buku-buku lain dalam siri ini: Bahtera Nabi Nuh Hadiah untuk Sufiah Usaha Burung Pipit Insaf kerana Katak Pengemis Sungai Tigris Penghuni Langit Ketujuh Perisik Kota Saba' Di Manakah Tuhan Cincin Delima Raja Ikan Nun dan Surat Tuhan

Friday, September 3, 2010

KETUA BILIK LA 101: KAMI HERO!


Harga: RM 15 / RM 17
ISBN-13: 978-967-5406-80-5
Tarikh Terbit: 27 Aug 2010
Jumlah Muka Surat : 224

Sinopsis: Firdaus, Aidil dan Munir cuba menyelesaikan pelbagai masalah di asrama mereka.

Kes kecurian? Kebimbangan sekiranya Sani kembali ke tabiat lama? Cirit-birit? Oh, kasihannya!

Berjayakah mereka?

Wednesday, May 5, 2010

SARAH DAN DUIT RAYA


Harga: RM 16.5 / RM 18.5
ISBN-13: 978-967-5406-62-1
Tarikh Terbit: 26 May 2010
Jumlah Muka Surat : 272

Sarah muncul kembali dengan siri kelima iaitu Sarah dan Duit Raya. Kali ini Sarah dan adiknya, Amin, keluarga mereka serta rakan-rakan akan menyambut hari raya. Dalam menjalani ibadah puasa, pelbagai perkara berlaku kepada mereka. Mereka juga merancang menggunakan duit raya mereka dengan sesuatu yang berfaedah. Ada yang mahu membeli komputer riba, ada yang mahu membelanja rakan dan keluarga, dan ada juga yang sekadar mahu menyimpannya. Sarah tidak tahu bagaimana dia mahu menggunakan duit rayanya kelak, namun pada suatu hari, Sarah bermimpi sesuatu yang dapat membantunya membuat keputusan. Apakah mimpi itu dan apa keputusan Sarah? Pastinya sesuatu yang di luar jangkaan.

Friday, April 9, 2010

Aminah Bunga Kaum Quraisy




Harga: RM 17.90 / RM 19.90
ISBN-13: 978-967-5564-10-9


Aminah, wirawati dengan seribu satu pengorbanan yang jarang diketengahkan.

Daripada baris pertama sehingga baris terakhir buku Aminah- Bunga Kaum Quraisy, kita dihidangkan secara terperinci babak-babak hidup Aminah, bonda junjungan hebat, Nabi Muhammad. Hidup beliau singkat namun sentiasa diuji dengan pelbagai peristiwa.

Puji-pujian pada keelokan fizikal dan pekerti Aminah diolah sehingga membuatkan kita sedar pada kehebatan ibu nabi terakhir ini. Betapa beliau adalah permata terlindung yang mampu dilihat oleh beberapa mata yang terpilih sahaja.

Episod cemas yang berlaku apabila Abdul Mutalib perlu memilih salah seorang daripada anaknya sebagai korban juga diceritakan satu per satu secara terperinci. Buku ini membawa pembaca meneliti kegusaran pelbagai pihak termasuk Aminah, tatkala mendengar bakal kekasih hatinya mungkin dikorbankan sebelum mereka sempat diijab kabul.

Kisah di sebalik perkahwinan antara Aminah dan Abdullah, juga kehidupan mereka selepas berkahwin turut diperincikan dalam tulisan ini. Apalagi susunan ceritanya yang teratur dan melewati saat cemas. Lebih dahsyat lagi apabila Abdullah meninggalkan rumah, sedangkan mereka masih lagi dalam fasa berbulan madu.

Abdullah menemui Tuhan tatkala Aminah sedang mengandungkan anak sulung mereka, yang akhirnya menjadi pemimpin terungggul umat Islam. Lalu, bermula episod kehidupan Aminah sebagai ibu tunggal.

Hayati dan fahami setiap baris ayat di dalam buku ini supaya semua wanita mampu menempuh dugaan hidup masa kini tanpa ada keluhan panjang.