Tuesday, January 29, 2008

KERANA TAKDIRNYA




RM 25.00 / RM 28.00 (Sabah & Sarawak),
ISBN 983-192-165-8;
ISBN 978-983-192-165-4;
9789831921654
Tarikh Terbit: 15 February 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 400 halaman



Kerana Takdir-Nya mengisahkan seorang pemuda bernama Rasul yang membawa sinar kebahagiaan dan kesenangan dalam keluarganya. Dia juga sanggup menangguhkan pelajaran ke universiti demi membantu keluarganya. Sewaktu di universiti, wang pinjaman dihantar kepada keluarganya setiap bulan bagi memastikan keperluan keluarganya setiap bulan mencukupi. Adakah Rasul berjaya mengubah nasib keluarganya? Bagaimana pula dengan masa depannya sendiri? Kerana Takdir-Nya membuktikan Tuhan penentu segalanya.

SARAH DAN ANTING-ANTING




RM 17.00 / RM 20.00 (Sabah & Sarawak),
983-3653-14-2;
978-983-3653-14-7;
9789833653147
Tarikh Terbit: 28 January 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 272 halaman


Sarah kembali lagi. Kalau dulu dia terlalu obses dengan kasut tumit tingginya. Tapi kali ini dia obses dengan anting-anting pula. Apa agaknya cerita Sarah kali ni....
“Sedia? Tarik nafas dan hembuskan perlahan-lahan. Bertenang....” Jururawat itu melebarkan senyumannya sehingga menampakkan sebaris giginya yang putih melepak seputih pakaian seragamnya.
Tiba-tiba dia ketawa kecil dan semakin kuat ketawanya sehingga Sarah dapat melihat dengan jelas anak tekaknya. Jururawat itu terus ketawa sambil memegang cuping telinga Sarah. “Kali ini saya tindikkan cuping telinga kamu ini lebih besar dan lebih luas dari sebelumnya. Fesyen apa pun kamu boleh pakai. Jenis sangkut, jenis cucuk ataupun jenis gantung.”
Kata-katanya diikuti dengan gelak tawa yang berdekah-dekah. Matanya membulat merenung cuping telinga Sarah. Gerun Sarah mula di luar kawalan. Dia tidak mahu ditindik begitu!