Saturday, September 20, 2008

INDAHNYA CINTA



RM 15.00 / RM 18.00 (Sabah & Sarawak),

978-967-5137-00-6;
9789675137006
Tarikh Terbit: 26 September 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 176 halaman


Indahnya Cinta: Kisah-kisah kekasih Allah.
Allah berkata kepada Nabi Adam, “Tinggallah didalam syurga bersama isterimu dan makanlah sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai. Tetapi, janganlah kamu hampiri pokok ini. Sekiranya kamu menghampirinya, jadilah kamu daripada golongan yang zalim.
Inilah percintaan dan perkahwinan pertama yang berlaku dalam sejarah manusia. Pernikahan agung disaksikan oleh para malaikat dan bidadari syurga. Indahnya cinta apabila saling memadu kasih kerana Allah, bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah.
Buku ini menghimpunkan koleksi 43 kisah benar kekasih Allah. Diolah dalam bentuk santai supaya mudah difahami dan dihayati.


KETUA BILIK LA 101



RM 15.00 / RM 18.00 (Sabah & Sarawak),
983-3654-47-9;
978-983-3654-47-5;
9789833654475
Tarikh Terbit: 21 September 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 240 halaman


Bagaimana agaknya kehidupan di asrama lelaki? Firdaus dilantik sebagai Ketua Bilik LA 101. Mampukah Firdaus menjalankan tugasnya dengan baik. Pelbagai kerenah anak-anak buahnya dengan tabiat tersendiri....

Buku kita: Remaja @ pts one 2008




RM 15.90 / RM 17.90 (Sabah & Sarawak),
983-3654-59-2;
978-983-3654-59-8;
9789833654598
Tarikh Terbit: 12 September 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 296 halaman



Ceriakan aidilfitri anda dengan 19 kompilasi cerpen terbaik daripada para penulis PTS ONE kesayangan anda. 21 himpunan cerpen menarik daripada para peminat PTS ONE dan koleksi komik yang menghiburkan. Penuh warna-warni dalam Remaja@ptsone 2008 khas buat remaja!

USAHA BURUNG PIPIT - Cover baru



RM 12.00 / RM 15.00 (Sabah & Sarawak),
983-192-246-8;
-978-983-192-246-0;
9789831922460
Tarikh Terbit: 30 April 2007 ;
Jumlah Muka Surat : 112 halaman



"Saya tidak boleh berdiam diri begini," kata seekor burung pipit yang memerhatikan daripada dahan di pinggir kota. "Mereka membakar utusan Allah." Burung pipit itu terbang ke satu lopak tidak jauh daripada pokok yang dihinggapinya. Dia menyudu seberapa banyak air dan menyimpan di dalam paruhnya, lalu terbang ke unggun api.
Seekor burung helang memerhati burung pipit berulang alik menyemburkan air air daripada paruhnya. Burung helang menegur perbuatan burung pipit. "Tidakkah perbuatan kamu sia-sia? Api yang marak begitu tidak terpadam dengan perckan air daripada paruhmu."
Apakah jawapan burung pipit kepada burung helang? Apakah yang berlaku seterusnya kepada utusan Allah? Apakah reaksi kedua-dua burung tersebut dengan situasi yang berlaku di hadapan mereka?