Thursday, August 18, 2016
Awal Bacaan
Siri buku latihan prasekolah. Ceriakan watu belajar anak-anak dengan teknik pengajaran yang menarik.
Penerbit: WMZ Media Sdn Bhd.
Tuesday, August 16, 2016
BANGKIT GAZA!
Bangkit Gaza
RM25.00
Risalah Harmoni Sdn Bhd.
Bangkit Gaza ialah sambungan novel perjuangan Tempur di Gaza. Bagaimana Gaza dan saudara-saudaranya bangkit membakar semangat dan memperkemaskan doa bersama sahabat-sahabat sejati mereka untuk pejuang-pejuang hebat di bumi barakah Palestin.
TEMPUR di GAZA
Tempur di Gaza
RM 18.00
Risalah Harmoni Sdn Bhd
Sebuah novel perjuangan sekeping tanah bernama Gaza bersama saudara-saudaranya, Haifa, Baitulmuqaddis, Hebron dan ramai lagi. Di samping sahabat-sahabat mereka, Matahari, Bulan, Awan dan Angin,turut menjadi saksi perjuangan hebat ini.
Thursday, June 25, 2015
KEMBARA KUKU: AYUH, BERUSAHA!

Sinopsis: Buku Kembara Kuku: Ayuh berusaha menceritakan kisah Kuku dan kawan-kawannya yang cuba mempelajari dan mempraktikkan ilmu-ilmu baru. Kegagalan demi kegagalan mereka hadapi. Namun, itu semua tidak menjadi halangan untuk mereka terus berusaha. Dengan berpegang pada kata azimat, Usaha Itu Tangga Kejayaan, akhirnya mereka berjaya.
Harga: RM 9.50 (Semenanjung Malaysia)
RM10.50 (Sabah/Sarawak)
No ISBN:9789671189658 | ||
| Format: Paperback | : | |
| Penerbit: Dunia Iman | : | |
| Tarikh Terbit: 1 Jun 2015 | : |
Monday, March 9, 2015
KEMBARA KUKU: Ayuh, Berhati-hati!
Judul: Kembara Kuku: Ayuh, Berhati-hati!
Penerbit: Dunia Iman
Harga: RM 9.50 (Semenanjung Malaysia)
RM10.50 (Sabah/Sarawak)
No ISBN: 978-967-11896-4-1
Sinopsis:
Penerbit: Dunia Iman
Harga: RM 9.50 (Semenanjung Malaysia)
RM10.50 (Sabah/Sarawak)
No ISBN: 978-967-11896-4-1
Sinopsis:
Siri Kembara Kuku mengisahkan pengembaraan 5 sahabat iaitu Kuku, Momo, Sasa, Gaga dan Ara bersama kawan-kawan yang lain. Mereka akan melalui pengalaman yang berbeza pada setiap pengembaraan. Siri ini menggabungkan elemen sains dalam kehidupan, nilai persahabatan, cara menyelesaikan masalah, serta nilai-nilai murni yang lain. Bagus untuk perkembangan kanak-kanak. Ini kerana mereka dapat belajar nilai-nilai murni dalam kehidupan secara tidak langsung.
Monday, April 15, 2013
Nusaibah Srikandi Besi
RM 14.00
Harga Sabah/Sarawak: RM 16.00
ISBN-10: 978-967-411-075-8
Tarikh Terbit: 2 Apr 2013
Jumlah Muka Surat : 182
Tarikh Terbit: 2 Apr 2013
Jumlah Muka Surat : 182
Sinopsis
Semangat juang dalam diri Nusaibah terus mengalir deras, sederas jantungnya yang berdegup kencang. Perisai pada tangan beliau bersedia bagi menepis setiap libasan pedang yang dihayun ke arahnya.
Dalam situasi genting itu, kakinya pantas melangkah ke tempat Rasulullah berada.
Kata-kata Rasulullah pada ketika Perjanjian Aqabah Kedua terus segar dalam ingatan. Nusaibah mahu mengotakan ikrar yang dilafazkannya pada tempoh hari. Akhirnya, perjalanan menongkah arus tiba ke destinasi yang dituju. Nusaibah berjaya berdiri di hadapan Rasulullah, bersama beberapa orang tentera Muslimin yang masih teguh berdiri. Mereka membentuk barisan benteng dan perisai. Darah segar mengalir pada leher, lengan, dan sekujur tubuh setiap orang yang menjadi perisai, demi melindungi Rasulullah.
Sambil menjeritkan kesanggupannya, tanpa berbelah bahagi, Nusaibah turut menghunus pedang dengan genggaman yang semakin kemas. Kekasih Allah itu perlu dilindungi! Nusaibah lansung tidak memikirkan keselamatan diri sendiri, sehingga beliau turut mendapat luka parah akibat tusukan, terjahan, dan serangan musuh daripada setiap sudut dan penjuru.
ini adalah kisah Nusaibah, Nusaibah Srikandi Besi.
Tuesday, April 24, 2012
Hani.my
Harga: RM 16.00 / RM 18.00
ISBN-13: 978-967-366-043-8
Tarikh Terbit: 26 Dec 2011
Jumlah Muka Surat : 256
Kategori: Islam, Kanak-Kanak, Hani.com
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Thursday, June 23, 2011
Kembara Tetamu Allah
Tuesday, April 19, 2011
Sarah dan Kompang

Harga: RM 17.00 / RM 19.00
ISBN-13: 978-983-3357-54-3
Tarikh Terbit: 19 Apr 2011
Jumlah Muka Surat :
Kategori: Remaja, Remaja Umum
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
Sinopsis:Ini adalah kisah terakhir dalam Siri Sarah. Kali ini Sarah dan Kompang menceritakan bagaimana Sarah dan Amin yang bersungguh-sungguh mahu belajar bermain kompang pada hari bahagia Mak Su mereka. Mereka sangat seronok dan tidak sabar menunggu hari indah itu.
Friday, April 8, 2011
Siri Cerita Rakyat: Kembara Putera Mahkota

Harga: RM 15 / RM 17
ISBN-13: 978-983-3357-52-9
Tarikh Terbit: 25 Mar 2011
Jumlah Muka Surat : 272
Kategori: Remaja, Kembara
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
Negara Indera Budi ditawan dan raja serta permaisuri dipenjarakan.Si putera yang masih bayi dihanyutkan ke sungai supaya tidak terlepas ke tangan raja yang zalim.
Si putera diselamatkan oleh pasangan suami dan isteri yang mulia.Tahun demi tahun, si putera membesar sebagai rakyat biasa yang berhati waja.Mimpi yang diterimanya membuatkannya bertekad untuk mengembara bagi menjejak asal usulnya.Beliau juga mempunyai misi besar iaitu menyelamatkan negaranya.
Dapatkah si putera membebaskan raja dan permaisuri serta mengembalikan takhta kerajaannya?
Friday, October 8, 2010
31 Kisah Teladan: Zikir Ikan di Lautan

Harga: RM 15.00 / RM 17.00
ISBN-13: 978-967-366-034-6
Tarikh Terbit: 14 Oct 2010
Jumlah Muka Surat : 168
Kategori: Kanak-Kanak, Siri 31 Kisah Teladan
Penerbit:PTS Islamika Sdn Bhd
Sinopsis: “Alhamdulillah, Umpan kita mengena!” kata Zunnun dengan gembira. Pada masa Zunnun meletakkan ikan ke lantai perahu, anak gadisnya memerhati tanpa berkelip-kelip mata-mata.Tanpa berfikir panjang, anak gadis Zunnun segera mencapai ikan itu dan men campakkannya semula ke dalam laut. Zunnun melihat dengan wajah terpinga-pinga. Mengapa anak gadis Zunnun mencampakkan ikan itu ke laut? Apakah yang berlaku kepada keluarga mereka selepas peristiwa itu? Pastinya ada peristiwa menarik yang berlaku sehingga anak gadis Zunnun sanggup mencampakkan semula satu-satunya ikan yang ditangkap oleh ayahnya itu. Buku ini menghimpunkan 31 Kisah Teladan untuk Young Islamika. Buku-buku lain dalam siri ini: Bahtera Nabi Nuh Hadiah untuk Sufiah Usaha Burung Pipit Insaf kerana Katak Pengemis Sungai Tigris Penghuni Langit Ketujuh Perisik Kota Saba' Di Manakah Tuhan Cincin Delima Raja Ikan Nun dan Surat Tuhan
Friday, September 3, 2010
KETUA BILIK LA 101: KAMI HERO!
Wednesday, May 5, 2010
SARAH DAN DUIT RAYA

Harga: RM 16.5 / RM 18.5
ISBN-13: 978-967-5406-62-1
Tarikh Terbit: 26 May 2010
Jumlah Muka Surat : 272
Sarah muncul kembali dengan siri kelima iaitu Sarah dan Duit Raya. Kali ini Sarah dan adiknya, Amin, keluarga mereka serta rakan-rakan akan menyambut hari raya. Dalam menjalani ibadah puasa, pelbagai perkara berlaku kepada mereka. Mereka juga merancang menggunakan duit raya mereka dengan sesuatu yang berfaedah. Ada yang mahu membeli komputer riba, ada yang mahu membelanja rakan dan keluarga, dan ada juga yang sekadar mahu menyimpannya. Sarah tidak tahu bagaimana dia mahu menggunakan duit rayanya kelak, namun pada suatu hari, Sarah bermimpi sesuatu yang dapat membantunya membuat keputusan. Apakah mimpi itu dan apa keputusan Sarah? Pastinya sesuatu yang di luar jangkaan.
Friday, April 9, 2010
Aminah Bunga Kaum Quraisy

Harga: RM 17.90 / RM 19.90
ISBN-13: 978-967-5564-10-9
Aminah, wirawati dengan seribu satu pengorbanan yang jarang diketengahkan.
Daripada baris pertama sehingga baris terakhir buku Aminah- Bunga Kaum Quraisy, kita dihidangkan secara terperinci babak-babak hidup Aminah, bonda junjungan hebat, Nabi Muhammad. Hidup beliau singkat namun sentiasa diuji dengan pelbagai peristiwa.
Puji-pujian pada keelokan fizikal dan pekerti Aminah diolah sehingga membuatkan kita sedar pada kehebatan ibu nabi terakhir ini. Betapa beliau adalah permata terlindung yang mampu dilihat oleh beberapa mata yang terpilih sahaja.
Episod cemas yang berlaku apabila Abdul Mutalib perlu memilih salah seorang daripada anaknya sebagai korban juga diceritakan satu per satu secara terperinci. Buku ini membawa pembaca meneliti kegusaran pelbagai pihak termasuk Aminah, tatkala mendengar bakal kekasih hatinya mungkin dikorbankan sebelum mereka sempat diijab kabul.
Kisah di sebalik perkahwinan antara Aminah dan Abdullah, juga kehidupan mereka selepas berkahwin turut diperincikan dalam tulisan ini. Apalagi susunan ceritanya yang teratur dan melewati saat cemas. Lebih dahsyat lagi apabila Abdullah meninggalkan rumah, sedangkan mereka masih lagi dalam fasa berbulan madu.
Abdullah menemui Tuhan tatkala Aminah sedang mengandungkan anak sulung mereka, yang akhirnya menjadi pemimpin terungggul umat Islam. Lalu, bermula episod kehidupan Aminah sebagai ibu tunggal.
Hayati dan fahami setiap baris ayat di dalam buku ini supaya semua wanita mampu menempuh dugaan hidup masa kini tanpa ada keluhan panjang.
Sunday, December 27, 2009
Diari Sarah
Tuesday, September 1, 2009
Sarah dan Senduk

RM 16.50 / RM 18.50 (Sabah & Sarawak),
978-967-5406-01-0;
Tarikh Terbit: 27 August 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 272 halaman
Sarah dan Senduk mengisahkan seorang pelajar bernama Sarah yang obses dengan hobi terbarunya memasak. Dia telah mengumpulkan resipi-resipi daripada majalah bagi menghasilkan buku resipinya sendiri. Walaubagaimanapun, pelbagai hal telah berlaku ketika dia mencuba beberapa resipi terbarunya
Wednesday, August 26, 2009
Usahawan Cilik: Puteri Kristal

RM RM15.00 / RM RM17.00 (Sabah & Sarawak),
978-967-5226-49-6;
9789675226496
Tarikh Terbit: 26 August 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 240 halaman
Kisah bermula apabila Diana bersama seisi keluarga pulang bercuti ke kampung. Anak jiran neneknya, Kak Wani menghasilkan kerja tangan halus seperti membuat gelang manik, kristal dan sebagainya. Setiap hari berulang alik ke rumah Kak Wani mencetuskan minat Diana.
Bermula dengan membantu menyusun manik-manik dan gelang-gelang dan memerhati apa yang dilakukan oleh Kak Wani akhirnya dia pandai menyulamnya menjadi seutas gelang.Hasil pemerhatiannya kepada kerja tangan Kak Wani yang cekap dan bijak memadankan jenis-jenis kristal bersama jenis batu-batu yang berbeza, akhirnya Diana dapat menguasainya dengan baik.
Pulang dari bercuti, Diana membeli sejumlah batu-batu kristal dan beberapa jenis batu lain. Kak Wani menjual dengan harga istimewa memandangkan dia mahu menyulam dan menghadiahkannya kepada ibunya dan Makcik Hana.
Ibu Diana, Puan Aminah memakai gelang kristal ke pejabat dan ia menarik perhatian rakan-rakan sekerjanya. Beberapa orang rakannya mula membuat tempahan.
Ayah Diana, Encik Rasul pula sudi mendahulukan modal tetapi dengan syarat kerja membuat gelang itu dibuat pada hujung minggu sahaja. Alasannya dia tidak mahu Diana mula keliru apa keutamaannya sekarang.
Hobi Diana mula memberi pulangan lumayan. Bukan sahaja rakan-rakan ibunya membuat tempahan malah ia terus tersebar dari satu bahagian pejabat hingga ke bahagian pejabat yang lain. Akhirnya Diana mampu mempamerkan koleksi yang disiapkannya dan membuat jualan terus tanpa menunggu tempahan lagi. Dalam tempoh yang singkat, dia berjaya membayar balik modal yang dipinjamkan oleh ayahnya.
Monday, July 20, 2009
Hikayat Alang Dhamiri

RM 16.50 / RM 18.50 (Sabah & Sarawak),
978-967-5406-00-3;
9789675406003
Tarikh Terbit: 3 August 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 320 halaman
Suatu hari, Sultan Jabran Jadid pemerintah negeri Cahaya Nilam berhajat mahu melawat negeri Balik Awan. Oleh itu, dia memerlukan sebuah kapal yang besar bagi membawa baginda sekeluarga serta anak-anak kapal yang lain. Tuan Kundur, tukang kapal yang hebat dari negeri Balik Awan dijemput bagi mengetuai kerja-kerja membuat kapal baginda. Selepas beberapa purnama, kapal Sultan Jabra Jadid berjaya disiapkan.
Namun, malang tidak berbau. Selepas beberapa pekan mereka berlayar, kapal yang hebat itu hancur dipukul ribut. Baginda sekeluarga serta anak-anak kapal lain terdampar di sebuah pulau. Sementara itu, rakyat jelata yang dimaklumkan berita itu sudah semakin gundah gulana.
Bagaimana mereka meneruskan kehidupan di pulau yang asing bagi mereka? Adakah keluarga diraja serta anak-anak kapal itu berjaya diselamatkan?
Monday, April 13, 2009
Saturday, February 28, 2009
USAHAWAN CILIK: ABANG, ADIK DAN AYAM

RM 15.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak),
978-967-5226-03-8;
Tarikh Terbit: 28 February 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 240 halaman
Sebuah lagi novel tulisan Ezee Rahmani yang mengisahkan Fitri dan Balqis, dua adik-beradik yang tinggal di pinggir bandar. Fitri merangka satu kertas kerja dengan ayahnya untuk membela 30 ekor ayam kampung. Ayah dan ibunya turut memberi bantuan bagi mereka memulakan projek.
Tanpa disangka-sangka usaha mereka dipuji oleh guru dan penduduk kampung. Permintaan ayam kampung juga makin bertambah.
Usaha murni mereka dibenci oleh Ali, rakan sekelas Fitri. Ali membuat pelbagai masalah termasuk mencuri duit Fitri.
Balqis mengalami masalah kerana sudah mula menyayangi ayam-ayam yang dipeliharanya.
Ayah mereka pula menetapkan syarat lulus semua subjek dengan cemerlang barulah mereka boleh meneruskan projek sedangkan Fitri ada gagal dalam beberapa subjek sebelum ini. Dapatkah mereka mengatasi masalah mereka?
Subscribe to:
Posts (Atom)









