Monday, November 24, 2008

SARAH DAN BUNGA MAWAR




RM 17.00 / RM 19.00 (Sabah & Sarawak),
983-3654-62-2;
978-983-3654-62-8;
9789833654628
Tarikh Terbit: 23 November 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 272 halaman



Perbualan mereka terganggu oleh tangisan Nuha. Makcik Milah minta diri dan pulang. Sebelum itu dia sekali lagi meminta maaf di atas kejadian tempoh hari. Sarah cepat-cepat mengangkat dulang dan terus ke dapur. Makcik Sarimah mengekorinya dari belakang. Dia merasa tidak sedap hati melihat kelakuan Sarah ketika Nuha menangis tadi.
"Betulkah Nuha tercucuk duri mawar?" tanya Makcik Sarimah ketika memerhati Sarah membasuh gelas-gelas minuman.
Sarah tidak terus menjawab. Siap basuhannya dia duduk di samping ibunya dan tersengih.
"Mengapa tersengih? Apa kamu buat kepada budak itu?"
"Tidak ada apa-apalah ibu. Sedikit sahaja. Cuma Nuha itu manja sangat!"
"Yalah. Kamu buat apa sehingga dia menangis begitu?"
"Saya..... saya...." Sarah tersekat menyatakan hal yang sebenar.

No comments: